Monday 19 December 2011

SUBUH

Sekadar bercerita...


6.55 pagi .

Pergh !
Terlewat dah nak subuh sebab nak buang air dulu.
Tengok bilek gelap je tapi bilek sembahayang lampu nyala.
Aku diam je.

Masuk bilek dan berdiri belakang Lin yg sedang sembahayang...
Berkata dlm hati kenapa tak kejut aku tadi dan dah boleh sembahayang rupanya ! Hehehe...
Aku diamkan je...

Terperasan pulak renda telekungnya warna merah.Telekung baru kot.
Aku diamkan je...

8.30 pagi.

Ketika nak bergerak gi Melaka , Lin pesan kat Tia suruh keluarkan telekungnya dan masukkan bag ke dalam kereta.Terfikir nak tanya kenapa keluarkan telekung ?
Tapi aku diamkan je...

Waktu zuhor kami dgn tugas memasing dan sembahayang pun memasing.


Ketika di Ayer Keroh , aku singgah masjid utk asar.Lin kata nak tunggu dlm kereta je..
Aku diamkan je...

Waktu maghrib aku maseh dlm perjalanan balek Muar dan singgah di Masjid Seberang tuk tunaikan solat,dan mcm tadi gak Lin tak turun.
Aku maseh diamkan lagi...

Lepas solat singgah jab Giant li barang.

Dlm perjalanan balek Lin tipon Tia dan bla...bla...bla...`` MAK TOK LEH SEMAYANG LAGI...``


Wah ! Nie tok leh di diamkan lagi !
Aku tanya dia dah boleh semayang ke lom ?
Dia kata baru berapa hari !

Pagi tadi kau tiada di sisi ku...kau ke mana ?
Ada baring atas kosi...katanya !
Kau ada telekung renda merah ?
Tak ! Renda biru ada le !

wwaaaaaahhhh.....
Patut le tak bukak lampu bilek !
Patut le tak bawak telekung !
Patut le tunggu je dalam keta !

BERDIRI BULU ROMA AKU.

Aku berani bersumpah , memang aku berdiri belakang dia pagi tadi masa dia sembahayang !


#  Nie kejadian ke dua melibatkan mahluk yg suka kaler merah nie dgn aku kat dlm rumah aku.

Friday 7 October 2011

Kes terpencil ?



Sekadar berkongsi cerita.
Dapat e-mail dari kawan...




From : Azrai Bin tajuddin
Date  :Thu,Oct 6,2011 at 8:17 AM

Subject : KL general Hospital,"Your mother is achinese,you are chinese also"
To : pakbelang @yahoogroup.com
Subject : KL General Hospital,"Your mother is a chinese,you are chinese also !"



This is a reminder to Chinese girl who married Muslim here.
Your daughter will still be classified as a Chinese if her skin color is as fair as you.This girl with a master degree in forensic science from University of Western Australia was discriminated repeatly during her job applications in the Bolehland.



Case 1
KL General Hospital,"Your mother is a Chinese,you are a Chinese also"."We may consider to take you in if your mother divorces with your Malay father or passed away"."We cannot take your daughter under security reason."



Case 2
Perlis Police Academy,"We cannot take Chinese.You are not qualified because your mother is a Chinese."


Even a bumi like her is still facing racial discrimination in the public service sector , how on earth people with pure Chinese blood can get in ?








Komen aku. . . .
     Dari kacamata kita org melayu , mungkin ini kes terpencil.Tetapi apa yg berlaku pada aku sebelum ini mengiakan perkara berikut.Terdahulu. . .ketika menguruskan permohonan perbaharui lesen di PKK aku telah di tegur oleh pehak berkenaan kerana mempunyai seorang pekerja berbangsa Cina.Puas aku nafikan sehingga lah dia mengeluarkan senarai nama pembayaran EPF dari syarikat aku tertera nama ******** Hong.Di pendekkan cerita. . .akhir kalam dari pegawai tersebut``Sila buktikan bahawa tuan telah keluarkan penama tersebut walaupun penama tersebut adalah isteri tuan.``

      Keenganan aku berbuat demikian menyebabkan aku mendapat surat penarikan lesen  serta merta serta muktamad atas alasan ``kekurangan maklumat``.

Persoalan aku , adakah ini dasar tersembunyi kerajaan atau sikap melayu kita yg rasic ?

Satu ketika , aku dapat surat amaran dari Jurutera Daerah kerana beri `Cina` kerja2 yg di tawarkan kepada aku.Ketika pertemuan utk membersihkan nama aku dan berdasarkan `kertas pertuduhan` , tokey cina yg berdiri semasa kerja2 di jalankan adalah pemandu lori yg
berehat sebentar sebelum menunggu masa utk pulang !

    Begitu hebatnya kaum cina dari kacamata melayu sehingga memandang bangsa sendiri seperti bangsat...

Kes - kes seterusnya lebih memilukan....




Sorang sekor kambing.



Sekadar mengenangkan hal. . .







Tuesday 4 October 2011

Ibadah


Sekadar beritahu...

Perkahwinan adalah satu ibadah...
Kerana ia satu ibadah yg di syariatkan oleh Islam,maka ia harus di laksanakan dengan sempurna dan mengikut peraturan yg di tetapkan.


Kewajipan Menghadiri Jemputan...
Ia merupakan suatu peristiwa yg amat besar dalam hidup sesorang.Kerana itu ia di tanda dengan upacara sambutan dan jamuan agar saat2 yg gembira itu di kongsi bersama oleh jiran sekampung, sahabat, saudara mara dan keluarga.Dan supaya majlis itu benar2 di selubungi kegembiraan.maka setiap org yg menerima jemputan itu di wajibkan menghadirinya kecuali ia keuzuran.






Redha terhadap pasangan masing adalah penting.Kita berkahwin dengan manusia yg mempunyai unsur2 kebaikan dan keburukan.Tidak ada manusia yg sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan,bermakna kita redha dengan kekurangan mereka.

Menuju Alam perkahwinan...
Memilih bakal pasangan hidup,perlu di beri perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing2.Islam sangat selektif.Sebab itu disyarakan di adakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yg cukup utk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan2 dating berborak tanpa batasan...


Rasa cinta adalah anugrah Allah swt kepada setiap insan dan ia merupakan fitrah paling mulia yg di sematkan dalam sanubari kita.Mencintai sesorang tidak berdosa bahkan di tuntut utk saling sayang menyayangi.Cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki adalah dengan merealisasikan kecintaan tersebut dengan perkahwinan,sebab dalam perkahwinan tersimpan seribu satu nikmat yg akan mendatangkan kebarkatan dalam hidup...




Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahayang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,serta menjaga maruah dan taat kepada suami,maka masuklah mana - mana syurga yang ia kehendaki...
Sekiranya wanita itu tidak berkahwin,ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yg ke empat.Walau sehebat mana sekali ia sembahayang berpuasa dan menjaga maruah,wanita yg tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segalanya bagi seorang wanita,sehinggakan redha Allah swt pun bergantung kepada redha suami...


ruginya. . . .hehehe.






Saturday 24 September 2011

Betulkah Landasan Mereka ?

Sekadar meluah perasaan...

   Kerjaya aku yg lalu penuh dengan manusia yg hipokit.Bukan semua tetapi ramai.Org politik jangan cakap laa.Mereka ini di kalangan penguatkuasa , termasuk agensi2 kerajaan yg memberi dan yg menjaga projek.

   Kerjaya baru...yg aku `nampak` tenang dan berseh dari manusia2 hipokrit rupa2nya adalah pandangan kita dari luaran sahaja.

   Terbaru , berurusan dengan satu agensi yg di amanahkan menjaga hal ehwal Islam dan pembangunan ummah kononnya.



.....tiba2 hati ku sakit dan malas nak menaip.


    sakit hati dengan gelagat mereka dan sakit hati kerana bangsa lain mentertawakan aku...

Tuesday 20 September 2011

Lepas satu...satu. Bah 4

Sekadar berkongsi cerita...

      Ini adalah rutin biasa utk memastikan produk mengikut spec seperti yg tertera di label.
Setiap kandungan mesti di sukat dan di timbang mengikut nutrition fact selain utk memastikan kuantiti inti dan dough seimbang.Dough mestilah setara dan nipis.

      Cuba perhatikan betul2 bilek di hujung sekali selepas aku bergerak pergi.Utk makluman , Lin tiada kerana buat urusan pejabat di luar.

NILAIKAN SENDIRI.


*Kalau kurang yakin , aku boleh up load rakaman sebenar sepanjang 2 jam.

Monday 19 September 2011

Lepas satu...satu. Bah 3


Sekadar menyambung cerita...

      Dah jadi kelaziman , pekerja baru kerjanya membantu mana yg patut sebelum mahir.Biasanya di suruh ambil itu-ini.Si B tidak terkecuali.Ketika kerja2 packing , B di tugaskan memunggah kotak sebelum dan selepas packing.

     Sebelum dia berhenti utk sambung belajar , dia bercerita pada Tam bahawa dia pasti  ada kepala menjengah di sebalek kotak2 yg ada semasa dia di tugaskan mengambil kotak di dalam kontena....