Saturday, 24 September 2011

Betulkah Landasan Mereka ?

Sekadar meluah perasaan...

   Kerjaya aku yg lalu penuh dengan manusia yg hipokit.Bukan semua tetapi ramai.Org politik jangan cakap laa.Mereka ini di kalangan penguatkuasa , termasuk agensi2 kerajaan yg memberi dan yg menjaga projek.

   Kerjaya baru...yg aku `nampak` tenang dan berseh dari manusia2 hipokrit rupa2nya adalah pandangan kita dari luaran sahaja.

   Terbaru , berurusan dengan satu agensi yg di amanahkan menjaga hal ehwal Islam dan pembangunan ummah kononnya.



.....tiba2 hati ku sakit dan malas nak menaip.


    sakit hati dengan gelagat mereka dan sakit hati kerana bangsa lain mentertawakan aku...

Tuesday, 20 September 2011

Lepas satu...satu. Bah 4

Sekadar berkongsi cerita...

      Ini adalah rutin biasa utk memastikan produk mengikut spec seperti yg tertera di label.
Setiap kandungan mesti di sukat dan di timbang mengikut nutrition fact selain utk memastikan kuantiti inti dan dough seimbang.Dough mestilah setara dan nipis.

      Cuba perhatikan betul2 bilek di hujung sekali selepas aku bergerak pergi.Utk makluman , Lin tiada kerana buat urusan pejabat di luar.

NILAIKAN SENDIRI.


*Kalau kurang yakin , aku boleh up load rakaman sebenar sepanjang 2 jam.

Monday, 19 September 2011

Lepas satu...satu. Bah 3


Sekadar menyambung cerita...

      Dah jadi kelaziman , pekerja baru kerjanya membantu mana yg patut sebelum mahir.Biasanya di suruh ambil itu-ini.Si B tidak terkecuali.Ketika kerja2 packing , B di tugaskan memunggah kotak sebelum dan selepas packing.

     Sebelum dia berhenti utk sambung belajar , dia bercerita pada Tam bahawa dia pasti  ada kepala menjengah di sebalek kotak2 yg ada semasa dia di tugaskan mengambil kotak di dalam kontena....




Lepas satu...satu. Bah 2


Sekadar memenuhi hajat korang...

     Selain kesah daging yg di robek2...Faizul bertanya``Bos tau tak kenapa budak2 berhenti ?``.Memang lumrah ramai yg bekerja cuma bertahan paling lama sebulan.Yg paling sengkat sekadar 2 hari.Faizul bercerita :
Satu ketika ada banyak kerja yg perlu di siapkan hingga memaksa mereka bekerja hingga lewat petang.A baru sehari bekerja.Hari tu sudah senja ketika mereka bergerak pulang.

      A beritahu pekerja di kilang belakang pun kerja O.T kerana dia nampak kakak pekerja tu semasa dia menutup suis lampu di dapur.Yg lain mentertawakan A kerana kilang belakang maseh kosong dan kilang kita di pisahkan oleh tembok , mana mungkin kita boleh lihat pekerja di sebelah !
     ``Esoknya dia datang dlm keadaan demam dan bos suruh dia balek.Hingga kini A terus tak datang kerja``Kata Faizul.
      Menurut Faizul , A sempat menjengah ke dapur utk memastikan keadaan sebenar.


Sunday, 18 September 2011

Lepas satu...satu.


Sekadar nak bercerita...

Semalam pekerja2 aku datang beraya.Macam2 cerita tentang kampung laman dan keluarga masing2.Bila dah habis modal , mulalah bercerita tentang kerja.

       Kejadian berlaku pada malam jumaat yg lalu.Kerana perubahan jadual,bekalan daging yg sepatutnnya tiba pada waktu pagi telah tertunda hingga ke petang.Untuk menjaga kesegaran daging yg terlalu lama dlm perjalanan maka daging terpaksa dibekukan semula dlm cold room.
       Sebagaimana kebiasaan , defros daging di biarkan semalaman di tempat yg di khaskan di luar bangunan tetapi maseh di dalam kawasan premis di dalam `sangkar`.
       Berbalek cerita tadi , terpaksalah Faizul datang pada sebelah malam utk proses defros daging utk kegunaan esok hari.Kerana keseorangan dan banyak pintu yg terpaksa di buka utk keluar , Faizul membiarkan daging berkenaan di atas troli dua tingkat di dapur sahaja utk proses tersebut.Esoknya ketika memulakan kerja dia dapati daging2 tersebut telah di robek2 dan sebahagiannya telah hilang !Perkara ini di sahkan oleh semua yg lain termasuk Nabil.
      Aku membuat kesimpulan bahawa ini di lakukan oleh kucing tetapi di nafikan oleh semua mereka.Cakaran dan gigitannya lebih besar dari cakaran kucing...
       Kali pertama berlaku dulu ketika di luar dan pada pengamatan aku memang pelik.~Sangkar` telah di robekkan dan daging terhumban keluar.Bagaimana daging yg beratus2 kilo boleh di seret keluar dan sangkar terkopak.Cebisan daging merata2.Tapi aku buat kesimpulan tidak mustahil kucing melakukannya.Mustahil anjing kerana kawasan itu bebas daripada anjing.Selepas sangkar di baik pulih aku tidak hiraukan perkara itu lagi.Rupa2nya ia berlarutan setiap hari dan bila ia berlaku di dalam bangunan baru mereka melapurkan pada aku.Aku maseh mengatakan kucing tetapi mereka mengatakan jika kucing kenapa bahagian atas troli saja yg di robek bukan di bahagian bawah !
        Mereka kuat mengatakan `benda` tu yg melakukan lebih2 lagi ketika proses defrost,darah akan meleleh keluar dari daging tersebut.Segala telahan aku seperti tingkap terbuka dan lelain di nafikan sekeras2nya.Demi menegakkan fakta aku ke kilang malam itu jugak di temani oleh Ajid,Faizul dan Tam.


...bersambung.


      Jam pukul 2.30 pagi masa aku sampai kilang.Tadi semuanya berkobar2 nak temankan aku tapi bila sampai sana semuanya takut nak keluar...termasuk le aku sebab si Faizul lupa nak buka lampu luar.Berbekalkan lampu picit aku cek semua tingkap2 yg aku syaki terbuka namun seperti kata Faizul semua `jalan masuk` utk kucing tertutup rapi.
      Sehingga semalam kesah ini tergantung.Aku akan pasang kamera utk intip apa yg berlaku...




Masakan Paling Sedap...

Sekadar nak mengingatkan...

Satu hari tiga orang pemuda sedang bersantai di sebuah taman sambil berborak. Alkisah pemuda yang pertama bernama Amin, pemuda yang kedua bernama Hamid dan pemuda yang ketiga bernama Kasim. Amin memulakan perbualan...

"Kau orang tahu semalam aku pegi makan dekat restoran kat bandar, pergh, sedap gila, kenala dengan harganya, sepinggan nasi dengan ayam apa semua RM30! Sedap gila sampai licin pinggan aku, memang puas hati wo..."

Hamid dan Kasim teruja mendengar kata-kata Amin lalu Hamid mencelah...

"RM30 aje? Apala sangat, aku minggu lepas keluar dating dengan awek aku ha, kitorang makan kat hotel, chef kat situ masak punya la sedap, aku dengan awek aku dua orang je makan sampai habis! Total kena RM120, memang berbaloi la, ingat ada duit nak pegi situ lagi."



Mereka terus berborak dengan penuh semangat mengenai makanan-makanan mahal yang paling sedap yang pernah mereka makan. Tiba-tiba Kasim bersuara...

"Aku tiap-tiap hari makan makanan paling sedap kat dunia. Kau orang je yang tak tahu."

Hamid dan Amin terkejut dengan statement Kasim.

"Wah, banyak duit kau Kasim, kau tiap-tiap hari makan kat restoran ke?" Amin menyindir lalu bertanya...

"Kat mana kau makan Kasim, ajakla kitorang, kitorang nak juga merasa masakan yang kau kata paling sedap kat dunia ni."

Lantas Kasim berkata, "Kau orang datang je umah aku time tengahari esok, bagi aku masakan yang paling sedap kat dunia ni bukan datang dari hotel besar atau chef terkemuka tapi datang dari masakan air tangan MAK aku sendiri!"

"Mak masak untuk bagi keluarga makan dengan ikhlas, air tangan dia kalau kau orang cium pun berbau ikhlas, mak tak pernah minta bil kat kau orang selepas kau orang makan, kadang-kadang mak jugak yang basuhkan pinggan mangkuk bekas kau orang makan, tiada sapa pun dapat menandingi kehebatan masakan mak!" Kasim bersuara lalu berjalan meninggalkan Hamid dan Amin yang masih terpinga-pinga...

RIANG RIA HARI RAYA



Sekadar mengambarkan suasana Hari Raya bagi kami...