Sunday, 18 September 2011

Masakan Paling Sedap...

Sekadar nak mengingatkan...

Satu hari tiga orang pemuda sedang bersantai di sebuah taman sambil berborak. Alkisah pemuda yang pertama bernama Amin, pemuda yang kedua bernama Hamid dan pemuda yang ketiga bernama Kasim. Amin memulakan perbualan...

"Kau orang tahu semalam aku pegi makan dekat restoran kat bandar, pergh, sedap gila, kenala dengan harganya, sepinggan nasi dengan ayam apa semua RM30! Sedap gila sampai licin pinggan aku, memang puas hati wo..."

Hamid dan Kasim teruja mendengar kata-kata Amin lalu Hamid mencelah...

"RM30 aje? Apala sangat, aku minggu lepas keluar dating dengan awek aku ha, kitorang makan kat hotel, chef kat situ masak punya la sedap, aku dengan awek aku dua orang je makan sampai habis! Total kena RM120, memang berbaloi la, ingat ada duit nak pegi situ lagi."



Mereka terus berborak dengan penuh semangat mengenai makanan-makanan mahal yang paling sedap yang pernah mereka makan. Tiba-tiba Kasim bersuara...

"Aku tiap-tiap hari makan makanan paling sedap kat dunia. Kau orang je yang tak tahu."

Hamid dan Amin terkejut dengan statement Kasim.

"Wah, banyak duit kau Kasim, kau tiap-tiap hari makan kat restoran ke?" Amin menyindir lalu bertanya...

"Kat mana kau makan Kasim, ajakla kitorang, kitorang nak juga merasa masakan yang kau kata paling sedap kat dunia ni."

Lantas Kasim berkata, "Kau orang datang je umah aku time tengahari esok, bagi aku masakan yang paling sedap kat dunia ni bukan datang dari hotel besar atau chef terkemuka tapi datang dari masakan air tangan MAK aku sendiri!"

"Mak masak untuk bagi keluarga makan dengan ikhlas, air tangan dia kalau kau orang cium pun berbau ikhlas, mak tak pernah minta bil kat kau orang selepas kau orang makan, kadang-kadang mak jugak yang basuhkan pinggan mangkuk bekas kau orang makan, tiada sapa pun dapat menandingi kehebatan masakan mak!" Kasim bersuara lalu berjalan meninggalkan Hamid dan Amin yang masih terpinga-pinga...

1 comment:

  1. Jika ada putih2 tu...maknanya aku copy / paste org punya.

    ReplyDelete