Sunday, 18 September 2011

Lepas satu...satu.


Sekadar nak bercerita...

Semalam pekerja2 aku datang beraya.Macam2 cerita tentang kampung laman dan keluarga masing2.Bila dah habis modal , mulalah bercerita tentang kerja.

       Kejadian berlaku pada malam jumaat yg lalu.Kerana perubahan jadual,bekalan daging yg sepatutnnya tiba pada waktu pagi telah tertunda hingga ke petang.Untuk menjaga kesegaran daging yg terlalu lama dlm perjalanan maka daging terpaksa dibekukan semula dlm cold room.
       Sebagaimana kebiasaan , defros daging di biarkan semalaman di tempat yg di khaskan di luar bangunan tetapi maseh di dalam kawasan premis di dalam `sangkar`.
       Berbalek cerita tadi , terpaksalah Faizul datang pada sebelah malam utk proses defros daging utk kegunaan esok hari.Kerana keseorangan dan banyak pintu yg terpaksa di buka utk keluar , Faizul membiarkan daging berkenaan di atas troli dua tingkat di dapur sahaja utk proses tersebut.Esoknya ketika memulakan kerja dia dapati daging2 tersebut telah di robek2 dan sebahagiannya telah hilang !Perkara ini di sahkan oleh semua yg lain termasuk Nabil.
      Aku membuat kesimpulan bahawa ini di lakukan oleh kucing tetapi di nafikan oleh semua mereka.Cakaran dan gigitannya lebih besar dari cakaran kucing...
       Kali pertama berlaku dulu ketika di luar dan pada pengamatan aku memang pelik.~Sangkar` telah di robekkan dan daging terhumban keluar.Bagaimana daging yg beratus2 kilo boleh di seret keluar dan sangkar terkopak.Cebisan daging merata2.Tapi aku buat kesimpulan tidak mustahil kucing melakukannya.Mustahil anjing kerana kawasan itu bebas daripada anjing.Selepas sangkar di baik pulih aku tidak hiraukan perkara itu lagi.Rupa2nya ia berlarutan setiap hari dan bila ia berlaku di dalam bangunan baru mereka melapurkan pada aku.Aku maseh mengatakan kucing tetapi mereka mengatakan jika kucing kenapa bahagian atas troli saja yg di robek bukan di bahagian bawah !
        Mereka kuat mengatakan `benda` tu yg melakukan lebih2 lagi ketika proses defrost,darah akan meleleh keluar dari daging tersebut.Segala telahan aku seperti tingkap terbuka dan lelain di nafikan sekeras2nya.Demi menegakkan fakta aku ke kilang malam itu jugak di temani oleh Ajid,Faizul dan Tam.


...bersambung.


      Jam pukul 2.30 pagi masa aku sampai kilang.Tadi semuanya berkobar2 nak temankan aku tapi bila sampai sana semuanya takut nak keluar...termasuk le aku sebab si Faizul lupa nak buka lampu luar.Berbekalkan lampu picit aku cek semua tingkap2 yg aku syaki terbuka namun seperti kata Faizul semua `jalan masuk` utk kucing tertutup rapi.
      Sehingga semalam kesah ini tergantung.Aku akan pasang kamera utk intip apa yg berlaku...




No comments:

Post a Comment